바카라사이트

Pembayaran Kasino Online – Kad Kredit, E-Wallets, dan banyak lagi

Ini mungkin tidak akan mengejutkan anda tetapi mari kita lihat kepada beberapa statistik – antara kebimbangan utama para pengguna kasino dalam talian adalah disebabkan kaedah pembayaran yang ditawarkan serta keselamatan transaksi perbankan yang mereka lakukan di laman kasino online. Jelas sekali, anda berminat tentang topik ini jika anda hadir di sini, jadi mari kita terus ke isu utama – pada halaman ini, anda akan melihat maklumat tentang bagaimana untuk mendeposit dan mengeluarkan wang menggunakan cara pembayaran yang berbeza. Ketahui juga kad kredit dan e-wallet mana yang boleh anda gunakan, serta semua butiran mengenai pemprosesan deposit dan pengeluaran wang

Penggunaan Kad Kredit Untuk Deposit Kasino

Penggunaan untuk deposit kasino

Jika anda melihat kepada kasino dalam talian yang ada, anda akan lihat yang satu cara pembayaran diterima secara meluas di semua laman ini dan ianya adalah kad kredit. Ianya tidak terhad kepada laman kasino sahaja malah digunakan secara luas di seluruh internet kerana cirinya yang mudah digunakan serta fleksibel dan jika anda sedang menggunakan kad kredit untuk pembayaran online, anda pasti sudah tahu kelebihannya. Pembayaran di kasino online secara kad kredit adalah proses yang sangat mudah.

Visa dan MasterCard merupakan antara kad kredit yang paling ternama dan diterima secara luas, tidak seperti American Express, yang masih lagi belum begitu popular. Di bawah Direktif Servis Pembayaran Kesatuan Eropah, syarikat pembayaran tidak boleh menambah sebarang surcaj kepada pembayaran melalui kad debit atau kad kredit, termasuklah bagi American Express dan cara pembayaran secara pautan seperti Paypal atau Apple Pay, jadi anda akan dapat lihat mengapa kad kredit menjadi pilihan laman kasino dalam talian.

Had Biasa untuk Pendepositan / Pengeluaran Wang dengan Kad Kredit Tempoh Pemprosesan
Deposit minima $5 Segera
Deposit maksima Tidak terhad
Pengeluaran minima $5 1 – 5 Hari Bekerja
Pengeluaran maksima Tidak Terhad

Untuk mencari tahu kad kredit mana yang boleh anda gunakan, anda boleh melihatnya di bahagian nota kaki laman utama kasino online anda. Anda juga boleh mencarinya di bahagian Terma dan Syarat.Selepas itu, anda boleh terus ke bahagian transaksi dalam akaun kasino anda, memilih kad kredit anda dan membuat bayaran. Selepas anda mengisi kesemua ruangan yang disediakan, pembayaran anda akan diproses serta merta dan jumlahnya akan dikreditkan ke dalam akaun anda, jadi anda akan dapat bermain dengan segera. Tetapi, anda perlu sentiasa ingat akan jumlah had bagi pengeluaran dan pendepositan wang, yang lazimnya ada di setiap kasino dalam talian.

  • MasterCard
  • Visa
  • Skrill
  • Entropay
  • bitcoin
  • ApplePay
  • PaySafeCard
  • Neteller
  • PayPal
  • Fast Bank Transfer

Bayar Dengan Kad Visa

Visa merupakan antara kad kredit yang pertama sekali digunakan untuk urusan pembelian dalam talian dan kini, ia masih lagi mengekalkan posisinya sebagai kad kredit yang boleh digunakan secara meluas, termasuk secara dalam talian. Dan dengan sistem pemprosesan VisaNet mereka, syarikat ini memberikan anda cara pembayaran yang mudah, selamat dan terjamin, dengan 500 parameter penipuan yang mereka jejaki dalam setiap transaksi kad kredit. Jika anda tidak gentar membayar dengan kad kredit, kad Visa anda pasti diterima di mana-mana laman kasino yang anda lawati

MasterCard Pun Boleh Juga

6 steps

MasterCard juga merupakan salah satu kad kredit yang terpercaya dan mudah digunakan dalam urusan pendepositan dan pengeluaran wang. Jika anda memilih untuk menggunakan pesaing terdekat Visa ini, anda akan dapat menikmat kelebihan transaksi yang pantas serta had transaksi yang tinggi. Syarikat ini menggunakan teknologi terkini untuk memastikan yang setiap pembayaran yang dilakukan adalah selamat dan pantas. Proses enam langkah mereka menghubungkan pemegang kad kredit dengan penjual dengan segera, dan memastikan pembayaran segera, setiap masa.

American Express – Periksa Dahulu Sebelum Guna

American Express mungkin antara salah satu cara pembayaran yang terkenal di AS tetapi ianya tidak begitu popular di kawasan lain. Ini kerana kebayakan pengendali kasino online beroperasi dari UK atau negara-negara yang diiktiraf, jadi kegunaan kad kredit ini tidak terbuka kepada semua laman kasino online yang ada. Namun, kebanyakan laman-laman kasino Amerika menerima kad kredit ini untuk memudahkan pembayaran, walaupun pada peranti mudah alih.

Atau, Gunakan Kad Debit Anda Untuk Membuat Deposit/Mengeluarkan Wang

Jika anda risau yang anda akan hilang kawalan jika bertaruh menggunakan kad kredit, anda boleh juga menggunakan kad debit ataupun kad prabayar, yang mana anda hanya perlu menambah nilai dan gunakannya. Cara ini juga sama seperti membayar dengan kad kredit dan ianya juga sama pantasnya. Anda juga akan mempunyai ciri keselamatan tambahan seperti penggunaan nombor PIN dan jika anda menggunakan kad Visa, anda boleh menggunapakai ciri overdraf dalam akaun anda. Kad debit seperti Visa, Maestro (dikeluarkan oleh syarikat yang sama dengan MasterCard), Laser, dan Switch diterima di kebanyakan kasino dalam talian.

Satu lagi pilihan buat anda yang mahu bermain sepuas-puasnya, tanpa berbelanja dengan banyak adalah dengan menggunakan kad prabayar. Ianya lebih kurang sama dengan kad kredit, tetapi jumlah yang anda boleh belanjakan tertakluk kepada jumlah yang anda isikan ke dalam kad tersebut. Selepas jumlah ini habis digunakan, anda tidak akan dapat menggunakannya untuk membuat bayaran, sehingga anda mengisinya semula.Ini akan membantu anda mengelak dari berbelanja lebih. Banyak kasino menyediakan kad prabayar maya, anda boleh menggunakan Entropay or PaySafeCard di kasino-kasino seperti 888casino dan Royal Panda. Kad prabayar memberikan anda kebolehan untuk mendeposit wang tanpa perlu mendedahkan data peribadi anda. Tetapi, untuk mengeluarkan wang anda perlu mencari cara lain.

Kasino Baccart Online Yang Disyorkan
800 MYR6/6Main
1,400 MYR5/6Main
5,500 MYR6/6Main

*Tertakluk terma & syarat

Pendepositan dan Pengeluaran Wang Melalui E-wallet

E-wallet merupakan satu lagi cara yang selamat dan mudah untuk menguruskan dana kasino dalam talian anda serta popular diantara pemain serta digunakan secara meluas, malah penggunaannya digalakkan dengan pelbagai bonus yang ditawarkan oleh pihak pengendali. Dengan e-wallet, semua maklumat kad anda disimpan dengan selamat dan boleh diakses pada bila-bila. Kaedah ini memudahkan pembayaran menggunakan wang yang telah anda pindahkan ke dompet maya anda dan apabila anda memilih untuk menggunakan opsyen ini untuk menguruskan jumlah wang di kasino anda, anda juga boleh menggunakan semua kad yang telah anda pautkan kepda akaun anda untuk membuat deposit. Kelebihan lain adalah tempoh pemprosesan yang lebih cepat. Walaupun pembayaran kad dan kad e-wallet adalah serta-merta, pengeluaran melalui kad akan mengambil masa 1 hingga 5 hari bekerja manakala transaksi e-wallet diproses dalam masa 12 – 48 jam.

Meri lihat senarai e-wallet popular yang boleh anda gunakan di kasino dalam talian.

Sebelum Semuanya, Elon Musk Memperkenalkan Paypal

Antara cara pembayaran online yang paling mudah adalah Paypal. Ianya menjadi pilihan para pengguna yang gemar membeli-belah dan bermain secara online sejak 15 tahun yang lalu dan kini, syarikat yang ditubuhkan oleh Elon Musk ini dimiliki oleh E-bay. Ianya mempunyai banyak kelebihan, antaranya adalah ia merahsiakan butiran kad anda serta memberikan anda jaminan pulangan wang di kebanyakan kedai online. Deposit kasino menggunakan Paypal adalah sangat mudah dan terus terang – anda cuma perlu ke ruang pembayaran dan membuat pilihan untuk melakukan deposit menggunakan Paypal, lengkap dengan jumlah yang mahu anda depositkan. Selepas itu, anda akan dibawa ke laman Paypal dan anda perlu memasukkan emel dan kata laluan anda untuk mengesahkan pembayaran. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun dengan Paypal, ini panduan ringkas untuk membuka akaun yang baru. Anda boleh menggunakan aplikasi iOS dan Android juga. Namun, pautan kad ke akaun Paypal anda mungkin akan mengambil masa sehingga 3 hari.

Neteller – Syarikat Ternama Dalam Pembayaran Online

Servis syarikat e-wallet Kanada ini diterima di lebih daripada 200 buah negara di seluruh dunia namun ianya sangat popular di UK dan diterima secara meluas oleh pengendali perjudian di UK. Neteller dan permainan dalam talian mempunyai perhubungan sejak sekian lama kerana ianya merupakan kaedah pembayaran yang paling popular bagi transaksi kasino dalam talian, laman penerima taruhan serta laman-laman poker. Selepas syarikat ini terpaksa membayar cukai sebanyak ratusan juta akibat mengendalikan lebih daripada 80% transaksi perjudian dalam talian mereka di Amerika Syarikat, syarikat ini berpindah ke Isle of Man. Walaupun ianya tidak sama seperti dulu tetapi ia masih merupakan salah satu cara pembayaran kasino dalam talian yang paling banyak digunakan. Ianya selamat dan boleh dipercayai untuk membuat pembayaran serta memastikan yang semua maklumat transaksi anda selamat. Sebelum anda boleh mendeposit, anda perlu memastikan yang mempunyai dana dalam dompet maya anda. Cara pembayaran ini mempunyai had deposit tertinggi, dan sesetengah kasino telah pun mengeluarkan terus had deposit bagi transaksi Neteller.

Banyak Kasino Menggunakan Skrill juga

Dahulu dikenali sebagai Moneybookers, Skrill merupakan pesaing utama Neteller ketika ianya melangkah masuk ke dunia pembayaran iGaming sejak penubuhannya pada tahun 2001. Ia ditawarkan oleh hampir semua pengendali di UK dan banyak laman perjudian di seluruh dunia juga menerimanya, walaupun mereka tidak gemarkan servis seperti PayPal dan Neteller. Skrill dikawalselia oleh Financial Conduct Authority (FCA) dari UK dan menawarkan keselamatan dan kemudahan dengan had deposit yang sangat tinggi. Untuk membuat pembayaran menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai akaun berdaftar atau kad prabayar Skrill. Semua deposit akan dikreditkan serta merta manakala pengeluaran wang dari kasino akan mengambil masa kira-kira 24 jam. Walaupun sukar untuk mencari kekurangan Skrill, ia harus disebutkan bahawa perkhidmatan ini hanya mempunyai sokongan dalam beberapa bahasa dan tidak mempunyai sistem untuk menyelesaikan pertikaian transaksi.

Had Biasa untuk Pendepositan / Pengeluaran Wang dengan e-wallet Tempoh Pemprosesan
Deposit minima $10 Segera
Deposit maksima Tidak terhad
Pengeluaran minima $10 12-24 jam
Pengeluaran maksima Tidak terhad

Pembayaran Kasino Mobile

Banyak cara yang boleh anda gunakan untuk membayar melalui peranti mudah alih anda (semua kasino, syarikat kad kredit dan e-wallet menyediakan aplikasi mudah alih) tetapi ada juga cara untuk membayar secara mobile. Untuk membayar secara mobile, anda tidak memerlukan kad kredit, akaun dompet maya atau wang ringgit. Anda cuma perlukan teman setia anda – telefon pintar anda. Apabila anda menggunakan kasino yang menawarkan pilihan ini, “Pay by Mobile / Phone” akan tersedia di dalam pilihan pembayaran pada akaun anda. Apabila memilih opsyen tersebut, anda hanya perlu memasukkan jumlah yang anda ingin depositkan dan nombor telefon anda. Setelah itu, anda akan menerima mesej yang akan mengesahkan pembayaran anda. Semudah itu sahaja. Deposit anda akan diproses serta-merta dan bayarannya dikenakan kepada bil telefon anda. Pilihan pembayaran ini biasanya disediakan oleh Boku (cuba cari logo mereka pada laman kasino online kegemaran anda) dan masih belum digunakan secara meluas. Walaupun perkhidmatan seperti ini mempunyai kelebihan tersendiri, seperti pembayaran tanpa mendedahkan nama dan pemprosesan segera. Namun, pada sisi negatifnya, ia mempunyai had deposit maksima yang amat rendah – € 30, dan anda tidak dapat melakukan pengeluaran wang melalui kaedah transaksi ini.

Bagaimana Untuk Mendeposit di Kasno Dalam Talian Menggunakan Opsyen Offline

pembayaran offline Pendepositan offline bagi kasino dalam talian adalah seolah-olah seperti ada percanggahan kognitif tetapi pilihan adalah mengikut citarasa sendiri. Kasino online anda akan menawarkan semua pilihan kepada anda dan adalah terpulang kepada anda untuk membuat pilihan. Apabila anda muak menggunakan kad kredit, e-wallet, atau mata wang yang tidak wujud di luar dunia maya, anda boleh mencuba cara yang lama. Pergi ke bank dan hantarkan wang terus ke akaun kasino anda. Anda boleh memilih antara pemindahan wang secara wayar, cek, Western Union atau Moneygram. Pastikan anda mempunyai semua butiran yang anda perlukan untuk transaksi bank anda. Berikan wang tunai anda kepada juruwang di bank, pulang, dan tunggu sehingga ianya dikemaskinikan. Masa pemprosesan merupakan masalah terbesar dengan transasksi bank dan cek – ianya akan mengambil masa yang lama. Deposit dan pengeluaran wang secara wayar pula akan diproses antara 2 dan 10 hari bekerja manakala cek akan diproses di antara 5 dan 28 hari bekerja.

Pengisian Semula Akaun Kasino Online Anda Adalah Mudah, Pantas dan Selamat

Transaksi online adalah sangat mudah, sebenarnya.Anda boleh memilih mana saja pilihan yang anda mahukan dan gunakannya pada bila-bila masa, kerana kesemuanya tersedia di hujung jari anda dan boleh diakses melalui mana-mana peranti. Untuk memastikan keselamatan transaksi di laman kasino anda, lihat jika ianya mempunyai penyulitan SSL untuk memastikan semua transaksi kewangan adalah selamat dan terlindung. Sama ada anda suka kemudahan menggunakan kad kredit, fleksibiliti dan yuran minimum e-wallet, atau perlindungan butiran peribadi yang ditawarkan oleh Bitcoin dan Boku, semuanya terserah kepada anda.

Pastikan anda tidak berkongsi butiran anda dengan sesiapa, log keluar dari akaun anda selepas anda selesai bermain, dan walaupun anda boleh menyimpan kata laluan anda dalam pelayar internet anda, cuba ingatinya untuk keselamatan tambahan. Dan pastikan anda bertaruh dengan bijak – jika anda mengalami masalah untuk mengawal jumlah yang anda belanjakan, gunalah had dan sistem pengecualian diri yang biasa ditawarkan oleh pihak kasino. Perjudian adalah aktiviti menghiburkan dan tidak sepatutnya melibatkan masalah kewangan atau lain-lain.


Main sekarang
Back to Top 바카라사이트 바카라사이트